Assalamualaiikum.
Bismillahhirahmannirrahim.
Pengalaman saya yang da ada 4 orang anak ni, so that da lalui 4 kali pengalaman with 4 babies la kan.Paling tak best dan mendebarkan bila baby start achumm achumm dan hidung da ada hingus mengalir.
Berdasarkan previuos experince saya , bila da start selsema,in few days camtu mesti batuk akan menyusul.Batuk ni la yang buat tido tak lena , makan tak kenyang,and mandi tak basah sebenarnya..ecehceh.....
Sebab apa batuk ni la yang akan forward dari selsema biasa kepada PNEMOUNIA atau pn bahasa senang nak paham nya Jangkitan Paru-paru.
Sebab tu la kena kawal dari 1st day selsema lagi supaya tak melarat.
Baby bawah umur 2 tahun memang takkan dapat merasa la ubat selsema dan batuk.Sebab kandungan drugs anad other ingredients dalam both two medicine tu memang sangat tak sesuai dan boleh membahayakan kepada baby bawah umur 2 tahun.
Below is what a pediatrician said about what i mention ealier.(sumber;www.doktorbudak.com)
Sebenarnya, batuk adalah satu tindakbalas badan untuk membantu mengeluarkan kahak daripada saluran pernafasan. Kebiasaannya, batuk dan selsema yang dialami adalah ringan dan kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam purata tempoh 10 hari. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat demam selsema dan batuk sebanyak 3-8 kali setahun, terutamanya mereka yang bersekolah, terdedah kepada jangkitan oleh orang dewasa atau kanak-kanak lain, serta terdedah kepada asap rokok.
Untuk bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil, perlu diketahui bahawa batuk dan selsema tersebut mungkin adalah gejala kepada penyakit yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru (pneumonia). Sekiranya, keadaan kanak-kanak semakin bertambah teruk atau didapati berterusan lebih lama daripada yang dijangkakan, sila bawa untuk pemeriksaan oleh doktor.
Selain daripada jangkitan, gejala batuk juga mungkin disebabkan penyakit yang lain, contohnya penyakit asma.
Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.
Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.
Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.
Rawatan tanpa ubat yang disyorkan adalah:
1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.
Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.
2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.
4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.
Kat sini jugak saya kongsikan tips untuk kurangkan selesema baby.#Petua 1: Gunakan Garlic Oil
Bahan-bahan untuk sediakan Garlic Oil: 1 labu bawang putih, bakar tanpa minyak sampai keperangan dan ketuk ala-ala manja, cukup sekadar terbelah sedikit. Masukkan ke dalam minyak zaitun.Kalau takde minyak zaitun,guna baby oil pn boleh.Da klau takde sangat,minyak masak pn ok la mommies. Ibu boleh ramas-ramas sikit agar pati bawang putih tu bercampur dengan minyak. Kemudian sapukan di dada, belakang,belakang telinga dan tapak kaki bayi sekerap yang boleh. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang boleh membantu baby.Saya selalunya lepas sapu minayak ni kat tapak kaki baby,saya pakaikan stokin.
#Petua 2: Gunakan Vicks
Mommies kena selalu ada Vicks ni kat rumah. Vicks khas untuk bayi yang ada dijual di farmasi,Speedmart,(yg sini harga paling murah so far berbanding tempat lain). Caranya, ambil sedikit Vicks, gosok-gosokkan di telapak tangan sehingga terasa panas, kemudian sapukan ke dada, belakang,belakang telinga, tapak kaki bayi dan pakaikan stokin. Saya suka letak sedikit di hidung dan batang hidung bayi, tapi sedikit saja tau, takut pedas sangat dan mengganggu bayi. Selepas sapu, ibu boleh tinggikan bantal bayi agar dia mudah bernafas.
#Petua 3: Mandikan Dengan Air Suam
Mommies boleh mandikan bayi 3 kali sehari dengan menggunakan air suam. Letakkan sedikit minyak kayu putih dan mandikan bayi seperti biasa. Wap air yang bercampur dengan minyak kayu putih akan memberikan keselesaan kepada pernafasan bayi.
#Petua 4: Pastikan Baby Minum Secukupnya.
Bila baby selsema ,atau demam ,perkara utama yang mommies kena pastikan yang baby minum secukupnya supaya baby lebih cepat recover.Minuman ,sama ada susu atau apa sahaja cecair(untuk baby 6 bulan kebawah,hanya susu ibu atau susu formula sahaja),perlu mommies bagi sekerap yang mungkin untuk mengekalkan cairan dalam badan baby dan mengelakkan baby dari hydrate atau kekeringan.Ini kerana bila baby demam atau tak sihat,air dalam badan akan berkurangan.Oleh itu mommies kena alert la untuk sentiasa encourage baby untuk consume liquid more than usual.Air ni juga berfungsi untuk nyah kan segala virus dan apa-apa yang tak elok dalam badan baby yang dikeluarkan melalui sistem penghadaman seperti kencing dan berak.So bila baby selsema atau demam,bagi dia mnm banyak,bila dia mnm banyak,dia akan kencing bnyak,secara tak langsung virus tu akan keluar melalui air kencing dan najis.So that, baby akan lagi cepat sembuh..Insha ALLAH.
#Petua 5: Tenik Percussion. Ia boleh digunakan ketika bayi selesema atau batuk. Saya selalu praktikkan tanpa wap air, sekadar tepuk-tepuk saja kerana saya boleh lihat pernafasan anak saya ok sikit berbanding sebelumnya. Teknik ni amat mudah dibuat dan ia membantu melonggarkan kahak atau mengurangkan hidung tersumbat bayi tanpa perlu ke hospital. Selalunya, selepas sesi ni, bayi akan batuk, bersin atau muntah. Jika tidak muntah, kahak bayi akan keluar melalui najis.
#Petua 5: Tenik Percussion. Ia boleh digunakan ketika bayi selesema atau batuk. Saya selalu praktikkan tanpa wap air, sekadar tepuk-tepuk saja kerana saya boleh lihat pernafasan anak saya ok sikit berbanding sebelumnya. Teknik ni amat mudah dibuat dan ia membantu melonggarkan kahak atau mengurangkan hidung tersumbat bayi tanpa perlu ke hospital. Selalunya, selepas sesi ni, bayi akan batuk, bersin atau muntah. Jika tidak muntah, kahak bayi akan keluar melalui najis.
Masa teknik Percussion,tangan kena buat camni yer mommies.
1. Letak bayi dalam posisi meniarap dan diletakkan bantal lembut di bawah perut bayi.
2. Pastikan kepala bayi lebih rendah berbanding kaki. Kaki lurus.
3. Bentukkan tangan “cupping” (lihat gambar di atas) dan buat pukulan dengan kekuatan di pergelangan tangan sahaja.
4.Tepuk selama 15 minit ke kiri dan kanan belakang bayi.
1. Letak bayi dalam posisi meniarap dan diletakkan bantal lembut di bawah perut bayi.
2. Pastikan kepala bayi lebih rendah berbanding kaki. Kaki lurus.
3. Bentukkan tangan “cupping” (lihat gambar di atas) dan buat pukulan dengan kekuatan di pergelangan tangan sahaja.
4.Tepuk selama 15 minit ke kiri dan kanan belakang bayi.
Ibu perlu ingat, pastikan buat sesi ni sebelum minum susu atau antara setengah jam hingga sejam selepas sesi menyusu untuk mengelakkan bayi muntah susu ketika sesi tepukan.
Sebenarnya momiies boleh buat teknik percussion ni at the same time dgn teknik stuim.. Teknik Stim boleh dibuat dengan menyediakan air panas di dalam baldi dan titiskan minyak kayu putih/minyak bawang putih. Baringkan bayi di atas paha dan halakan muka ke arah baldi tersebut. Wap air akan melegakan hidung tersumbat. InsyaAllah selepas sesi ni hingus bayi akaan keluar. Bagi kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, ibu boleh menggunakan steam sterilizer botol. Untuk bayi letak dalam besen dah mencukupi.
#Petua 5: Tenik Suction(Sedut hingus)
Inilah rupanya alat suction hidung .Sebenarnya ada mcm-mcm rupa bentuk Tapi saya guna jenis ni.
Orang dulu-dulu sedut hingus ni guna mulut jew.Kata orang klau baby girl,bapaknya la yang kena sedut,but klau baby nya boy,so maknyer la yang kena sedut.Tapi jangan risau kalau rasa macam segan silu nak sedut direct guna mulut tu.Sekarang da ada nose suctuin yang ada dijual kat mana-mana pun.Antaranya kat Lazada.Saya beli kat Lazada,harganya tak sampai pn RM10.Tapi sangat berkesan.Tapi nak lagi afdal,sebelum suction tu,titiskn dahulu hidung baby dengan ubat titis hidung;contohnya Normal Saline
.Tujuannya untuk mencairkan hingus yang pekat supaya lebih mudah untuk disedut.Baby for sure tak suka hidungnya kena suction ni.Tapi kentalkan hati mommies ...niatkan dalam hati..nak bagi baby sihat cepat kan.Mesti struggle skit la.
So,mommies sampai sini dulu tips kali ni.Next post nanti saya share lagi tips-tips yang lain,dan juga tips utuk hilangkan batuk jugak k.
Sampai kita jumpa lagi dalam post yang lain,Insha Allah.ASSALAMUALAIIKUM.
thanks info
ReplyDelete